Hari ni merupakan hari terakhir aku di London. Ala sedihnya nak kena balik kerja. Hahahahha! Sebelum balik sempat lah kami ke Primark's beli apa-apa saki baki yang tak beli. Dapat la aku beli sikit-sikit blouse aku lagi, baju Harry Potter untuk kids dan Lanyard Harry Potter untuk kawan aku kirim. Aduhai murahnya la HP Merchandise kat sini.... less than 10 pound banyak sangat....Geram tengok macam nak beli semua...
Ada la gambar-gambar nak balik sempat aku snap. Gambar aku tak dapat menerima hakikat dah nak balik pun ada... termenung kat Starbucks Baywater... sampaikan lupa nak ambil tumbler Starbucks London yang aku usha start dari aku masuk pintu Starbucks tu. Murah guys 8.50 pound sahaja.
Awal pagi kami dah keluar jalan-jalan ke Hyde Park dan Kensington Palace. Cuma ye la pepagi, tak bukak lagi la Kensington Palacenya... penat aku bagi salam, tak dak siapa pun bukak pintu pagar. Hahahhaha kesian.... Layan lah gambar hari terakhir kami di London. Enjoy!
Kensinton Palace, Hyde Park
Kami jalan kaki je ke sini. Aku sukala hotel aku tu, dekat gila dengan Hyde Park, nk jogging senang, nak jalan pun senang, bus pun banyak, tapi due to time constraints kami naik train je la. Hotel kami tu namanya Hyde Park Executive Apartments, dekat dengan Tesco, ada 2 tren stations berdekatan iaitu Queensway dan Bayswater. Korang sampai sana aku confirm terus jadi pandai baca laluan tren. Kalau korang tgk dari web kan mcm pening kan, jangan panic, doenload lah City Mapper apps, InsyaAllah hidup korang akan dipermudahkan. hihihi! Haaaa, ape aku membebel ni, layan lah gambar Kensington Palace ni, tapi gambar dari luar je la ye. sebab nk masuk tuan rumah tak bagi. Hahahahahha!
Datang rumah orang pagi-pagi buta, adab orang Melayu mana sis?
Sorry ye Sayang, depa tak bukak lagi, kita cari dekat iCity je nanti ye....
Antara Lanyard HP yang kawan aku kirim. Satu 3 pound je. Murah chuolsss!!!
Dapat la anak-anak aku selipar Skechers sorang satu... dah last minute baru mummy teringat nak belikan u kids selipar, sebelum ni dok asyik beli tshirt kat Primarks je aish! Both beli kat Shuhz 15.90 pound each after discount. Ha murah ke dak?? Murah kannnnn!
Menikmati jam-jam terakhir di London, jauh aku berfikir, sayu pun ada jugak nak meninggalkan London ni, bukan apa peluang tidak disangka datang, walaupun sekejap meninggalkan banyak memori yang tak mungkin dapat aku lupakan.....
Ni gambar bilik kami selama 5 malam, air cond tak dak no worries tingkat besar gila, bukak je la bagi angin masuk...
elgibiti yang aku kenali kat sana..
Nanti kita datang sini lagi tau Sayang... tau tau tau!!!!!!
Beg dah beranak tiga. Gila ko apa jadah yang dibawak balik tu sistur? Macam-macam la hai... aku sejenis kalau beli dengan kotak, sekali kotak aku nak bawak balik, kalau beli coklat ada plastik Tesco, plastik tu pun aku bawak balik. Paper bag Primarks tak tau la ada berapa dalam tu... itu pun bawak balik tau... selipar jamban beli dekat kedai pun aku bawa balik jugak... cuma beras aku 2 kilo aku sedekah la dekat budak-budak hotel tu.. mana tau depa semua kelaparan kan.... boleh depa makan beras tu... haish!
Sebelum balik kami repeat Noodle Oodle for lunch, tak sangka dapat jumpe Sultan Johore, I cakap kat Sultan Johor, Tuanku, saya Asrida saya dari Batu Pahat. Dan dan kan.... bangga weh jadi Anak Bangsa Johor... dapat pulak jumpa Tuanku sedekat ini... kira rezeki jugak tu.... ala bertambah sedih nak tinggalkan London..... sob sob.
Sampai dah Terminal 4, alaaaa, sedihnya, tak nak balik please!!!!!! tak pe, aku sibuk kumpul duit la ni, almaklumlah tahun 2020 nak datang lagi.... London & Paris kau tunggu aku datang yeee!!!
Pasangan elgibiti kembali ke pangkal jalan.
Ya Rabbi, nak balik dah!!!!!! Hey kids mummy misses you so much!!!!
Kaki penat gila weh nak membuat VAT claims. Memula kena amik nombor beratur untuk naik tingkat 2, lepas beratur beratur lagi untuk ke Kaunter di aras 2 tu, lepas ke kaunter tu turun balik untuk pegi ke Kastam untuk dapatkan clearance, nasib baik tak de check pun barang-barang (menurut kawan aku). Aku tak pergi sebab kawan aku kata tak perlu pun sebab Kastam depa tak cek pun barang-barang. Lepas tu nak claim kena check in dulu sebab kaunter tu nak tengok boarding pass. Tu yang separuh gila menguruskan VAT claims tu. Nak isi borang-borang tu dah 1/4 gila, nak tuntut lagi dah 3/4 gila. Hassle la aih! Tapi bila membayangkan kadar tukaran dia tu, aku gigihkan jugak la wehhhh! Sampai airport dalam jam 2.30, nak cek in gate open 5.30pm so bayangkan lah, flight pulak jam 9.30 malam.... ahahahhaha penat penat....
Pasangan elgibiti kembali ke pangkal jalan.
Ya Rabbi, nak balik dah!!!!!! Hey kids mummy misses you so much!!!!
Kaki penat gila weh nak membuat VAT claims. Memula kena amik nombor beratur untuk naik tingkat 2, lepas beratur beratur lagi untuk ke Kaunter di aras 2 tu, lepas ke kaunter tu turun balik untuk pegi ke Kastam untuk dapatkan clearance, nasib baik tak de check pun barang-barang (menurut kawan aku). Aku tak pergi sebab kawan aku kata tak perlu pun sebab Kastam depa tak cek pun barang-barang. Lepas tu nak claim kena check in dulu sebab kaunter tu nak tengok boarding pass. Tu yang separuh gila menguruskan VAT claims tu. Nak isi borang-borang tu dah 1/4 gila, nak tuntut lagi dah 3/4 gila. Hassle la aih! Tapi bila membayangkan kadar tukaran dia tu, aku gigihkan jugak la wehhhh! Sampai airport dalam jam 2.30, nak cek in gate open 5.30pm so bayangkan lah, flight pulak jam 9.30 malam.... ahahahhaha penat penat....
LHR - KUL.. bismillah....
Subhanallah, cantiknye.... Insya Allah ada rezeki kita bersua lagi London!
Alhamdulillah, tamat sudah episod-episod indah sepanjang aku berada di London, tapi sebenarnya memang tak puas sebab banyak tempat aku tak dapat pergi sebagai contoh Camden Market, Windsor Castle, Little Venice dan Oxford. Ni semua sebab kelas, Cheeewaaah padahal dapat pergi pun sebab ada kelas. Hahahahha! Aku nekad nak repeat London tahun 2020 dengan anak-anak, bawak kids pergi Disneyland Paris sekali. Doakan aku panjang umur, murah rezeki sihat-sihat selalu.....
So terima kasih sebab singgah dan sebab membaca. Indahnya hidup dapat travel!
Love,
Asrida
No comments:
Post a Comment