Lama rasa dah tak update blog yang super bersawang... nak menulis pun malas.... tapi rasanya kena abadikan jugak kenangan ke London pada 13 - 22 Julai 2018 yang lalu. Tak banyak tempat cover, tapi jadilah merasa jugak ke bandar yang menjadi idaman travelers around the world.
Aku pergi ke London sebenarnya atas urusan rasmi, berkursus luar negara ceritanya. Kursus ni ditaja oleh tempat aku kerja.... sebagai peluang kepada pegawai untuk menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan tugasan. Kursus aku dijadualkan selama lima (5) hari dekat area Holborn Street. Kali ni aku dapat bawak husband je la, anak-anak tak dapat bawak sebab short notice dan nak honeymoon konon... ahahah! so 10 years anniversary honeymoon came early la konon.
Jom layan gambar sepanjang aku berada di sana.
Kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada malam 13 Julai 2018 Jam 11.55 dan tiba di Terminal 4, Heathrow London jam 5.55 pagi... Alhamdulillah urusan di Imigresen mudah walaupun pegawai tu banyak bertanya tentang kursus yang aku hadiri.
Day 1 : 14 Julai 2018 (Hyde Park - Marble Arch - Oxford Street)
Ni time baru tiba, muka excited gila lah macam tak percaya dah sampai London! Sampai-sampai sini korang beli lah Simkad Three, harga 30 pound dapat 12 gigs data. Tak abis pun since banyak tempat ada Wifi. Jangan jadi macam kami tau, sampai2 terus tercangak-cangak.... ahahahha!
Lepas amik cab kami terus ke hotel penginapan untuk letak bag. Time tu kami book sendiri bilik hotel di Hyde Park. Nama hotel Intercontinental Hotel Hyde Park, bilik kecik dan smelly, memang aku tak suggest korang book hotel ni. tapi tak pe untuk 1 malam je sebab malam-malam seterusnya kami duduk di hotel yang lebih selesa sebab Ministry yang taja, ni kalau bayar sendiri korang faham-faham je lah ye.
Lepas letak bag kami jalan kaki ke Marble Arch. Penat tapi excited kan. tanak buang masa nak pegi mana???? Destinasi pertama kami, Oxford Street lah!
Ini antara gambar-gambar kami di Oxford Street. Tak shopping banyak pun, just masuk Primark macam orang jakun sebab tengok harga murah-murah sangat! Aku banyak beli tshirt untuk kids dan anak-anak buah la.... selai antara 1 hingga 10 pound je. Tak ke murah tu?
Kami balik check in kat hotel around jam 4.00 petang, ingatkan petang tu nak pegi berkelah di Hyde Park, tapi sampai-sampai bilik mandi2 terus lelap sampai jam 12.00 malam. Hawau sungguh!!!!!!!
No comments:
Post a Comment