Aku menghadiahkan blog entri ini kepada seorang teman, sebab itu penulisannya berbahasa melayu.
Aku tidak mengenali teman ini serapat teman yang lain. Namanya sungguh indah, penghulu segala hari. Aku tidak menganggap dia seperti teman-teman yang lain, kerana aku ada satu pandangan terhadap dirinya. Maafkan aku Tuhan, kerana aku sendiri yang lemah dan kerdil, memandang makhluk ciptaanMu dengan pandangan yang berbeza. Barangkali tidak perlu aku ceritakan disini.
Aku merasakan teman ini sungguh unik. Dia bagaikan hidup dalam dunianya sendiri. Tidak mempunyai ramai kawan, endah tidak endah terhadap orang lain, terhadap segala tugasan yang diberikan dan tidak bermaya untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang kami lakukan.
Aku ada bercakap dengannya beberapa kali. Aku banyak menegur, namun tidak sinis. Masih aku ingat ayat teman ini.. " aku tak kisah dengan ko as... aku tau kau macam mana". Aku gembira dan aku buang jauh-jauh pandangan negatif aku terhadap teman ini. Jauh dilubuk hati aku hanya mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Aku berterima kasih kepada teman ini kerana dalam senyap-senyap dirinya, pernah juga dia memberi dorongan kepada aku.
Aku bertemunya di surau sebentar tadi, Teman ini menyebut dengan nada sedih.... " Tidur malam aku, tidak akan lena seperti tidur malam kamu semua.." Hati aku tersentuh mendengar kata-katanya dan aku dapat merasakan kesedihannya.......
Esok merupakan hari terakhir dia disini. Meninggalkan kami atas sebab-sebab kesihatan. Bersabarlah, kerana dugaan Allah itu datang berbagai cara. Allah tidak akan menguji kita lebih dari apa yang kita mampu. Percayalah teman, segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Semoga teman ini tabah menghadapi hidup di bumi Allah ini.

No comments:
Post a Comment